Wednesday, August 21, 2013

Pengakhiran cerita kita

haii..for followers2..yg mengikuti blog ni suatu masa dahulu..setelah lama aku mendiamkan diri..nak kasi buang blog ni..x pandai..teringat juga si dia pernah kata..janganlaa buang..ni cerita kita..
mungkin ini yang terakhir coretan cik myza ye..
 kisah cinta cik myza & en.shah sudah pon berakhir..sekian lama sudah... 14 ogos 2013 en.shah sudah pun berkahwin dan selamat menjadi suami kepada Hanis Zalikha..opss!Hanis Azira..gilerr dgn hanis zalikha?sape shah..hiii..

cerita cik myza??hanya Allah yang maha mengetahui..cik myza belom lagi berkeinginan untk pikir tangungjawab dalam cinta..cik myza masih banyak tangunggjawab..berkawan bia ramaikan..tak pelaa..bialah masa yang menentukan jalan cik myza..semoga jalan cik myza ni betul..cik myza berkawan dgn org yg betul..yg boleh membimbing cik myza ke jalan Allah.. cerita yg lepas jgn dikenang..huhuhu

come..cik myza bagi layan gamba pegantin baru kita..Rashadi dan Hanis,
untuk En.Shah...
Semoga menjadi suami yang soleh..dapat membentuk keluarga yg bahagia, harmoni hingga ke jannah..ameen.. kamulah ketua,kamulah pembimbing.. kamulah yang menanggung dosa2 isteri dan anak2 kelak jika tersilap langkah..semoga tabah hadapi dugaan rumah tangga..:)

*x wish kat fb,x wish kat fon..kat sini jek meluahkan..kalau en.shah terbaca..jgn nanges okeyh!hiii*

Bye!Untuk selama-lamanya..

p/s~gamba cik myza kawen??nanti cik myza update kat blog lg satu..haha.
Assalammualaikum,
Nurul Amiza binti Amran.

Thursday, August 23, 2012

Raye time...^_^

First of all..oleh kerana dis blog was dedicated to him..so aku update pasal aku n en.Shah sahaja eh..^_^
mcm biasala sume akan diceritakan melalui gamba..hii..coz ak xde idea nk menaip,merangka,menulis dan segala jenis 'me' laa..hihi bak kate lecturer..gamba menceritakan segalanya..

 ok laa..oleh kerana raye..jap nk tunjuk pic raye dlu ngan 
my lovely cousin sume..
 lg pic kami ye..

 kami mmg suke brgambar..xdpt dinafikan..


 opss...rehatkan mata anda dlu ye..
<ni la penulis n sekaligus pemilik blog ni..>
 kami lg..ni ramai sket..sepupu sahaja..belom masuk 2 pupu lagi ni..
jap gi kupu2 pon ade ni..
ni laa family saya wif nenek and wak selamat..
ayah?adelaa tapi dis year ayah x raye dgn kiteorg..
ayah ade kje..xdpt cuti..so dis pic without my dad laa.cian ayah..
 
Tarraaaa!!its him...my Mr.Shah..dgn bj mlayu dia..tahun ni kami xjanji pon nk same..
t da kawen baru pakai baju same..hihi..
 
 
 p/s :saje bg gmba senget..coz En.shah ni mmg senget sebelah..hii

 kami<3
 kami lgi...<3
jgn mrh ye..da blog tentang kami..hii
 nilaa pic yg En. Shah suke sgt..xtau la apesal..gigi 'jongos' ni yg dia 
kate smart?aigoo..
 credit to En.Shah 4 dis foto..br nmpk En.Shah pndai mek pic.kalo x..ntah pape..
 En.Shah penat brjln ye...?
in Taming Sari..Yus..penakot..lg 2 ekor ni(si kemba) sengih smpai telinge..
sian xpenah tgok mlaka..

Thursday, March 15, 2012

yeayyy...tiba masanye

ok..penat nak citer banyakla..cuma nak cite yang aku sampai jua di jb untuk celebrate bufday encik shah and his twin..tgok gamba saja ye..

first gamba menceritakan detik hari prtama keluar..haha ayt nk poyo..
 
 ni syok sndri nih..haha naseblaa
 dlm keta xe kje..ak amek pic..ye..kami gemok..jadi?kami bhagia brsama ok
 bear2 pon join kiteorng dating aw..
 haha mcd mmg pilihan kami..feveret aku r ue..
 muke x saba nak telan burger tu..
 yeaay..hampir memasuki mulot..
 b4 masuk mulot..sengih dulu coz da heppy sgt..
 suke amek gamba tetibe kan..
 yelaa oleh sebab bufday boy..temanlaa si dia gi jamming..
 ni kemba shah napi name dia..ngan tunang napi..yus..
 ni tunang napi..cantik kan?kalah aku..huahua..xpe..kkk ipar ni..soon..hii
 napi tunjuk skill
 encik shah pon xnk kalah ue..
 yg singer tu kwn dorng pok cek kot namenyer..sedapla jgk sore..tp sedap lg sore encik ak lar..
 ni kwn dia..xkenai.nk kenai?kenai laa hang pa sndri noh.
 arghh..bosan ckp psl dia..haha
 bufday kek 4 de twin..!!!aku share duit dgn yus..hiii
 serupa x?

nampk sgt xsaba ni..mmg glabah ni..boyfren sape la ni..


ok..habis da..nite..hii

Thursday, March 8, 2012

sELaMaT HaRi JaDi Rashadi..

hai2...so long x update kan?xde pape nk di update kan laa..
ok ari ni 9.3.2012 ade dua perkara yang berlaku ari ni..
1) aku da habis practical hari ni..yeayyy..
2) my.Encik punyer bufday yang ke->23 tahun,,ayok da tua..hii

emm oleh sebab kite berjauhan melaka n jb..so x pat nk celebrate bfday si dia..sad..sob2=( 
tapi oleh sebab nak jugak celebrate ak dtg jb esok!bersamaan sabtu..aku turun jb plus isnin nk balek perak da..
thankz 2 my fren Atiqah Napiah-che'et- coz bagi tumpang rumah..
encik shah plak nk support tket balek perak..hii..
so aku stay 2 ari saja..emm ok citer pasal birthday encik saya ye..
sekarang saya x jmpe dia lg..nanti lpas ni update lg ye siap dgn pic2 skali ok..=)
 boomm!!!boom!! bnyi mercun..belon brtebangan untuk encik shah..
 ni zoom belon dr dekat ok...hiiii=)

 angan2nyerr nk buat kek cmni..opsss buat?mmg xdptlaa..bli ok..tp xde wet..haha x laa xtau la dpt bli ke x..ameklaa gmba ni as a contoh ok..4 u.

wish from me 2 u dear...amiinn
 
eppy bufday to u~eppy bufday 2 u..~eppy bufday 2 shah..eppy bufday 2 my syg..love u shah
terima kasih ye syg..

 

Wednesday, February 8, 2012

Ungu Feat Rossa - Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (Full Religi 2011).wmv



Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah...

Friday, February 3, 2012

All dis thing..i dedicate to u Mohd Rashadi bin Jaiman

----------> Saat Paling Bahagia

Seorang isteri bertanya kepada suaminya, "Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? " 
Suaminya memandang muka isteri dan berkata, "Saat itu belum terjadi lagi.."  Si isteri terdiam sejenak.  
Kemudian dia bertanya lagi, "Dan bila saat itu akan terjadi?"  Suaminya berkata : "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di Syurga.."  
Firman Allah SWT :  "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6) 
"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)  
"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)

 -------> Bersediakah Anda Menjadi Suami

Kebiasaan masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Telah memiliki kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2500, diikuti dengan sebuah rumah dan kereta.
Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin dan belanja kenduri kahwin. Jika seorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak untuk bergelar suami.
Namun dalam Islam, ukuran persediaan untuk menjadi suami bukanlah seperti di atas.
Persediaan untuk menjadi suami lebih tertumpu kepada kualiti lelaki tersebut dan inilah yang akan diperincikan di sini.
01. KEPIMPINAN
 Persediaan terpenting ialah bakal suami perlu mengetahui bahawa dia memiliki tanggungjawab sebagai pemimpin ke atas keluarganya.

Allah berfirman:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan." - [al-Nisa' 4:34]

Sebagai pemimpin, bakal suami hendaklah memiliki ilmu rumahtangga, akhlak yang menterjemah teori kepada praktikal, disiplin yang tinggi serta wawasan yang luas.
Jika sebelum ini pernah menjadi pemimpin, seperti pemimpin kelab, persatuan, rombongan atau jabatan, maka ia adalah pengalaman yang boleh dikembangkan dalam kepimpinan rumahtangga.
Bagi yang belum pernah, maka alam rumahtangga adalah suasana yang baik untuk mula melatih diri menjadi pemimpin.
Terasa sukar? Jangan bimbang. Lantiklah isteri anda menjadi timbalan pemimpin untuk bersama-sama saling membantu mengemudi bahtera rumahtangga.
Di sini perlu diingatkan bahawa kepimpinan anda sentiasa dicatit markahnya oleh malaikat di bahu kanan dan kiri. Oleh itu berwaspadalah, jangan menjadi pemimpin yang ego dan zalim. Setiap langkah dan ciri kepimpinan anda akan dipersoalkan semula oleh Allah pada Hari Akhirat kelak.

0.2 KETEGASAN
Lanjutan dari ciri seorang pemimpin, bakal suami hendaklah tegas dalam membimbing isteri. Kelak apabila dianugerahkan cahaya mata, suami juga hendaklah tegas dalam membimbing anak-anak.

Allah mengingatkan:
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - [al-Taghabun 64:14]

Oleh itu dalam institusi perkahwinan, suami adalah pemimpin dan bukan yang dipimpin, penjaga dan bukannya dijaga serta pengawal dan bukannya dikawal. Namun ketegasan bukanlah bererti bengis dan menakutkan, sebaliknya hendaklah bersikap memaafkan dan tidak marahkan mereka serta mengampunkan kesalahan mereka.

03. PEMELIHARA DARI API NERAKA
Suami merupakan pemelihara agar ahli keluarga tidak masuk ke dalam api neraka.

Firman Allah:
 "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." - [al-Saff 61:2-3]


04. MEMBERI NAFKAH
Termasuk persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan rumahtangga. Justeru anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal, keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli keluarganya. Anda juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan ahli keluarga seandainya mereka jatuh sakit.
Meskipun nafkah rumahtangga berada di atas bahu suami, ini tidaklah bererti suami mesti memiliki pendapat minima yang tertentu jumlahnya. Setiap suami memiliki kemampuan kewangan yang berbeza dan setiap suami berbelanja untuk ahli keluarganya pada kadar kemampuannya. Tidak ada nilai minimum atau maksimum untuk kadar nafkah ini.

Allah berfirman:
"Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu)." - [al-Thalaq 65:07]

Demikianlah beberapa kualiti yang perlu ada pada seorang lelaki untuk dia menjadi seorang suami. Perhatikan bahawa kualiti-kualiti ini tidak ada ukuran minimum dan maksimum atau batasan tertentu bagi menentukan layak atau tidak.
Ia adalah kualiti yang nilainya relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan berkurang apabila anda mengabaikannya.
Justeru, lelaki yang sudah bersedia menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan berazam untuk terus memperbaikinya.

Credit to--->ILoveIslam Article.



Untukmu si Bakal Suami..Amin ya rabalalamin..

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.
Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.
Amin...


Credit to--->ILoveIslam Article.